Tuesday, December 14, 2010

relax sudah

wahai gadis, telah banyak ku lakukan utk menjadi seseorang yg lebih dari seorang kawan. tidak ku mengharapkan kau menjadi milikku. hanya utk menjadi calon masa depanku. namun, tidak mampu ku miliki hatimu. aku cube menjadi yg terbaik di mata mu. aku melayan diri mu lebih dari aku melayan kehendak diriku. aku harap kau tahu. aku tidak senang bergaul dengan sebarangan gadis2 lain. aku pemalu dan seorang yang amat tidak berkeyakinan bila bergaul dengan jantina selain dari jantinaku. tidak terdaya lg utk meneruskan usahaku. aku tahu kau tidak kisah dan tidak akan pernah kisah. tidak mengapalah wahai gadis. aku mungkin ditakdirkan sebegini. aku tidak memiliki walau satu pun yang menarik perhatian mana-mana gadis. tentu kau akan segan bila bersama dgnku. aku tidak punya paras rupa yang indah, aku tidak punya harta, aku datang dari keluarga yang amat sederhana hidupnya, aku tidak memiliki hati budi yang baik. sudah tentulah mustahil bukan? utk memiliki hati mana2 gadis. aku teringat kata2 seorang pakcik yang merupakan sahabat ayahku dan ayah kepada housemate kakakku di melaka. dia berkata biarlah pipit dengan pipit dan enggang dgn enggang. dia bercerita berdasarkan pengalaman. menurutnya, anak saudaranya berkahwin dgn anak saudara kepada seorang menteri. walaupun hanya anak saudara dan bukannya anak kandung kepada menteri tersebut, wanita itu demandnya sangat tinggi. aku mengambil iktibar dari kata2nya, tidak akan aku mengharap atau pun bermimpi lagi utk memiliki hati mana2 gadis. biarlah tuhan yang menentukan jodoh dan ajal ku. orang kata setiap manusia dilahirkan berpasangan. pasti ada seseorang utk seseorang itu. namun aku bantah, kerana jika semua orang ada pasangannya tidak akan ada orang bujang hingga ke mati. dan jika itu takdir ku aku terima. tidak lah aku tergesa2 membuat keputusan utk terus berhenti mencari. tetapi aku lebih kepada menerima keadaan seadanya. jika ada, adalah. jika tiada, tidak mengapalah. namun aku tetap mengimpikan kehidupan bekerluarga. aku impikan isteri dan anak2 yang solehah. akan aku pastikan keluarga ku mencapai kebahagiaan walau aku terpaksa bersusah payah.