Friday, March 18, 2011

sebak di dada :'(

ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan ku, keluarga ku, kau rahmatilah pemergian ibuku ya Allah. kau berilah petunjuk kepada kami, anak2 yg amat merasakan pemergian ibu kami, kau bukakanlah pintu hati kami ya Allah, terutamanya adik bongsuku ya allah, fathin najiha, tidak dapat ku menahan air mataku, melihat dia bersedih, kau permudahkan la segalanya untuk kami ya Allah. Amin.


gambar di atas aku crop dari wall adikku yg satu. berikut adalah punca kematian arwah emak. dari apa yg ku lihat dari wall adikku ini, aku pasti dia masih lg dirundung kesedihan. aku sebagai abang x mampu berbuat apa2 selain berdoa kepada Allah.

 p/s; fathin, kalau baca blog pian ni, pian nak fathin tau, yg pian pun sedih, rindukan arwah mak, tp pian harap kita semua dapat hidup bahagia, insyaallah lebih bahagia dari sebelum2 ni. setiap kali teringatkan arwah mak, sedekahkan al-fatihah. kalau banyak masa terluang, baca yassin, tahlil, doakan mak, semoga mak ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman. fathin nak spm kan tahun ni. buat yang terbaik. jangan sia-siakan penat lelah dan wang ringgit yang telah mak gunakan untuk fathin belajar. pian pun akan buat yang terbaik. insyaallah. amin.

Thursday, March 17, 2011

i tried.

at least aku dah cuba, dan tahu perasaan dia. mana boleh nak paksa-paksa kan? kalau dah dia x sudi, terima je. macam yg pernah  dinyatakan, x semua bertemu jodohnya. kalau x mestila tiada yg membujang hingga ke akhir hayat kan? :)

p/s: sorry cause i loved u. it wont happen again

cried like a little child

isnin yg lalu, 28/2/2011. ibuku telah kembali ke rahmatullah.

jam 7.15 malam, aku mendapat panggilan dari abah. abah menyuruhku bertenang sebelum mendengar berita yang disampaikan. dengan nada tenang, abah memberitahuku, "pian boleh balik malam ni jugak? naik la teksi or cmne pun. abah bayar". aku bertanya, "kenapa bah? pian akan cuba balik malam ni jugak". abahku berkata, "mak dah meninggal, pian balikla walau macammana pun". "innalillah, insyaallah abah, pian usaha balik malam ni jugak", kataku tanpa bertanya lebih lanjut menahan sebak.

                       aku tanpa membuang masa pergi ke bilik air utk mandi dan solat, selesai berdoa, aku cuba menenangkan diri. namun, sebak semakin menguasai diri. aku menangis sepuas-puasnya tanpa rasa malu. sebagai seorang lelaki aku tidak sepatutnya membiarkan air mataku gugur di hadapan orang lain. perasaan yang terlalu sedih mencampakkan perasaan maluku itu sejauh-jauhnya. air mataku turun sederas-derasnya. membuatkan rakan sebilikku turun menangis. dia meminta aku menguatkan hati dan bersabar. setelah aku dapat bertenang, aku menghubungi d-sport utk menyewa kereta. aku berhajat utk memandu seorang diri pulang ke klang. aku kemudiannya pergi ke bilik syahir utk memberitahu bahawa aku akan pulang ke rumah utk menguruskan pengebumian ibuku. kemudian mereka (syahir, hazim dan amirul) berhajat utk mengikut aku pulang ke rumah.

                   arif(macha) mengambilku dari uitm ke luar utk menyewa kereta. haziq (housemate macha) menawarkan keretanya utk aku pinjam. aku amat bersyukur kerana dikurniakan rezeki tatkala aku ditimpa dugaan yang besar. jam 9.00, kami bertolak dari rumah macha, melalui lebuhraya utara-selatan (plus), aku memecut kereta yg dipandu, 180-190 km/h. tidak ku peduli perangkap laju atau apa jua. hanya emak di dalam fikiranku. kami berhenti beberapa kali utk menghilangkan penat dan mengisi petrol.

                 dalam jam 11, aku tiba di rumah ku, dapat ku perhatikan jiran tetangga mengisi ruang sunyi rumahku, aku cuba berlagak tenang. aku mengintai isi rumahku, kosong. aku bertanyakan kepada kawan abangku, azizi berkata arwah emak di bawa ke hospital utk post mortem kerana tidak tahu punca kematian. aku terus menghubungi abah. abah suruh aku ke hospital, tiba di hospital, aku mencari rumah mayat. di perkarangan rumah mayat, dapat ku lihat saudara-maraku. aku turun dari kereta dan mencari abah. aku memeluk erat abah. air mata tidak dapat aku tahan lagi. aku menangis sepuas hati, bagai anak kecil. aku berdiri menangis keseorangan di suatu sudut cuba menenangkan diri, dapat ku lihat adik beradikku yg lain, mereka turut menangis.

               setelah beberapa ketika, abang sulungku mengajakku masuk ke bilik mayat utk melihat jasad ibuku. kaku, sejuk, tidak bernyawa lg ketika aku mengucup dahi ibuku. aku menangis lagi. pakcikku datang memelukku, cuba menenangkan aku. setelah menenangkan diri, aku menghantar adikku dan kakakku pulang ke rumah untuk berehat. kawan-kawanku turut mengekoriku. namun mereka enggan untuk tidur di rumahku. aku tidak mahu memaksa. kemudian aku kembali ke hospital untuk mengambil abah, kami semua pulang di rumah. aku menyediakan tempat utk tetamu2 tidur. aku juga turut berbaring. di atas sofa, aku cuba melelapkan mata, aku terbayang saat2 aku bersama arwah emak, sebak di hatiku mengenangkan masa2 yg xkan berulang lg. aku bukan anak yg soleh. banyak dosa yg dilakukan, kesalahan yg menyakitkan hati emak. aku menyesal, aku berulang2 kali berdoa dan membaca yassin utk arwah emak. aku mengharapkan arwah emak akan ditempatkan bersama golongan2 yg beriman.

               tanpa ku sedari, aku terjaga. jam menunjukkan 6.30 pagi. aku lantas mengambil wudhu' dan sembahyang subuh. sempat aku membaca yassin dan tahlil untuk emak. kemudian aku turun ke bawah dan mengambil kunci kereta, aku pergi membeli sarapan untuk para tetamu. dalam jam 8 pagi, aku membawa abah ke hospital, pakar bedah menerangkan proses post mortem. aku tidak peduli semua itu, aku hanya berharap jasad emak akan dikebumikan dengan sempurna. dalam jam 9 pagi dr. lee memulakan pembedahan. aku menunggu di ruang menunggu, aku termenung bersendiri, mulutku terkumat-kamit membaca al-fatihah. entah berapa ratus kali tidak ku kira. jam 11 pagi, pembedahan selesai. jenazah emak dimandikan. aku tidak dapat turut serta kerana jantinaku. dengan penuh sabar dan hiba aku menunggu bersama yg lain. hanya adik perempuanku dan kakakku yg berpeluang memandikan arwah emak.

             selesai memandikan jenazah, aku membantu yg lain mengangkat emak ke van jenazah, jenazah dibawa ke surau al-kautsar berhampiran rumahku. ramai jemaah telah menunggu, pihak uitm menghantar 2 bas penuh dan ada yg hadir memandu kereta sendiri. aku dalam keadaan penuh sebak mengambil wudhu' dan solat jenazah. bahagian muka dibuka untuk dilihat buat kali terakhir. air mataku jatuh lg. aku mengucup dahi emak dengan penuh rasa sayu. kemudian aku membantu jemaah membawa jenazah emak ke dalam van jenazah. abah membuat keputusan utk mengebumikan emak di semenyih, kampung abah. lebih mudah, keluargaku ada rumah di sana di samping sana juga tempat pengebumian keluarga2 belah abah. abang sulungku, adikku dan kakakku menaiki van jenazah.


             aku membawa abah pulang ke rumah untuk mengambil pakaian dan ubat-ubatan. kami akan berada di semenyih hingga ke hari sabtu. selesai mengambil barang keperluan, aku memecut kereta diikuti saudara-maraku yg lain. setibanya di tempat perkuburan, aku turun dari kereta dan membantu mengebumikan jenazah emak. papan diletakkankan dan tanah mula menimbus liang lahad. aku sendiri yg membantu menimbuskan jenazah emak. penat badanku tidak ku fikirkan. sambil menangis aku menimbus jenazah emak. selesai  2 kayu dipacakkan sebagai pengganti batu nisan yg sementara, pak imam mengetuai bacaan yassin dan tahlil.

            selesai semuanya, kami ke rumah di semenyih. rumah dikemaskan utk kenduri tahlil selama 3 malam. setelah penat mengemas, aku berehat. dapat ku lelapkan mata sekejap2. selepas maghrib, jemaah dari surau tiba. selama 3 malam kenduri tahlil diadakan.

          kini, telah 2 minggu berlalu tanpa emak di sisi. masih terngiang2 suara emak, bayangan emak. kadang-kala, emak muncul didalam mimpi, emak nampak sihat. semuanya nampak nyata. seperti benar. dan setiap kali aku terjaga dari mimpi-mimpi itu, aku menangis, aku sedekahkan al-fatihah dan doa untuk emak. kadang-kala aku rasa seperti tidak ingin bangun dari tidurku. aku mahu terus bermimpikan emak. dalam mimpi emak dirasakan sangat dekat. namun  aku tahu, hidup mesti diteruskan. andai emak masih hidup, tentu emak xkan gembira melihat anaknya ini terus meratapi pemergiannya. emak tentu mahukan aku terus hidup, berjaya dalam pelajaran, bina keluarga sendiri, terus hidup bahagia. akan aku cuba teruskan liku-liku hidupku tanpa emak di sisi. tanpa nasihat emak lg.

i really miss emak. di saat pian tulis blog ni. terasa sebak di dada, air mata mengalir dengan sendiri. insyaallah, pian akan terus gagah. :')


AL-FATIHAH...
allahyarhamah Junaidah binti Jaafar.
isteri kepada Abdullah bin Mahmood.
ibu kepada 5 orang anak;
-Muhammad Khidir bin Abdullah
-Siti Rahmah binti Abdullah
-Abdul Kashaf bin Abdullah
-Ahmad Sufian bin Abdullah
-Fathin Najiha binti Abdullah



ingatlah bahawa mati itu benar, tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. tiada cepat atau lambat sedikit pun. semuanya ketentuan Allah taala. sama-samalah kita beringat.

Wednesday, February 2, 2011

2211- family, friends n relationship.

hai. aku x pernah kongsi tentang manusia2 sekeliling aku kan? hari ni aku nak kongsi. kita tengok gambar banyak2 kali ni :D


yang ni gambar family. time raya taun 2009 rasanya.
dari kiri atas sofa abah, mak, abidir(sulung). yg dari bawah tu aku(ke-4), fathin(bongsu) n kacap(ke-3). amah(kakak ke-2 tukang amek gamba)


ni nama dia mizie. kawan lebih 12 tahun weh. sampai sekarang g mana2 lepak sekali 


ha. yg kanan botak tu, nama dia azam. dia pun aku kenal lebih 12 tahun. yg kiri 11 tahun. nama hizami. kira sahabat sampai mati la. 


yg macam anak cina ni, nama dia hazlam. kami panggil pett. sejak moto aku hilang baru lepak selalu dengan dia. 

banyak lg sebenarnya. aku letak jela gambar2 kawan2 aku. ramai sangat. ada sikit je gambar. aku x bape minat bergambar sebenarnya. maklumlah. orang x hensem kan. :)


dato onn 2009 (dorm ke 3 lepas kene buang asrama :p)


wet world 2010


team rugby tikl 2008. form 4. form 5 x main dah.


al-insyirah. aku ketuanya. jauh team ni pergi :)


time form 5

 budak2 nakal :D

tembok belakang (fly malam2)

 snooker. bola mahal ni :D


ac1a. intake july 2010 :)


ac2b intake dec 2010 


4m3 2008. aku xde dalam gambar ni. g ragbi



kolah bilik air dulu. dari kanan; aku, manggis, scott


ac1a. dari kiri; mock, aku, syahir


dan banyak lagi gambar yg aku x larat nak masuk n tulis. sekian saja. oh sebelum lupa. relationship?


 who's the girl? :p

Wednesday, January 26, 2011

cari

pada pembaca yg dihormati, kan dulu aku ada cakap aku minat someone kan? ok. nama dia ialah *some text missing*. haha. tak guna kalau bgtau pun. dia x tahu pun aku minat dia. apa beza kan? satu pihak je xkan menjadi. :)

hehe. cmni la. pada yg betul2 nak cari. aku ada bg link facebook beliau. cuba la cari kalau nak sangat tahu. maybe older post? yg mana satu pun aku x gtau. kat line mana pun xde.  maybe kat gadget? pandai2 la eh. haha. n kalau dah tahu pun senyap2 je la. :)

Tuesday, January 25, 2011

26/1/2011

harini ada quiz. buku dah baca. latihan dah buat. harap boleh jawab. :)
bel260. speaking. dibuat group. disebabkan lelaki terlebih seorang. dan orang itu aku. aku dicampak ke group perempuan. adeh. aku dah la penyegan abes. kalau group dgn lelaki insyaallah la boleh lancar je. kira hujung jari ah. tp kalau dgn perempuan? lepak2 pun senyap. inikan speaking? come on la. =='
ahad lepas, lecterur business study aku belanja bowling. syok. 2 game. tp ada 2 strike je. teruk. maybe xde penyuntik motivasi? haha. n then naim, classmate aku buat plan gila. naik cameron highland. kami pun pergi la. aku naik kereta kenari. warna pink. jambu gila. haha. amar yg drive. dia x bg aku drive sbb cuak. haha. sbb nak gerak ipoh aku drive dia kata macam racer. selit2 celah lori minyak, lori gas, lori simen dan macam2 lg la. aku tgk dia pun waktu tu dah seram. kelakar. haha. kami ambil masa hampir 2 jam utk sampai ke tanah rata setelah beberapa berhenti utk tunggu yg lain. ada yg muntah2. mabuk katanya. dalam jam 6 lebih kami sampai. lepak2 amek gamba. aku x aa. mana nak join. haha. n then dalam 8.30 lepas makan kfc kami gerak pulang. dalam perjalanan yg membosankan kami menari2 dalam kereta. seronok. kereta di belakang kami gelak2 je tgk. haha. okay. thats all kot. dah xde idea. :)

Monday, January 24, 2011

strange

pelik. sejak kebelakangan ni selalu dapat call dari no yg x dikenali. aku x angkat. malas sungguh. xtau apsal.

dan sejak kebelakangan ni. otak selalu serabut. serabut gila. macam2 benda pikir. kacau sungguh. huh.

girl? ntah la. tiada harapan lg rasanya. xde tanda2. kalau ada tu ada la. xde pun xpe. x sanggup nak mengharap apa2.


ape aku mengarut ni?

Wednesday, January 19, 2011

i wish

girl, i was so fun having conversation with u. eventhough it wasnt have any meaning. but i can do it all the time. i feel hope when i do so. i dont know how to approach u. maybe i never get u. u were so good. so perfect in my eyes. but it doesnt mean anything doesnt it? it just a conversation of two friends. i like u girl. i hope we can be more than a friend. i wish to.

Monday, January 17, 2011

deja vu

td. kelas eco, lecterur ada kongsi 10 perkara yg x dapat diselesaikan dgn kaedah sains. antaranya termasuklah hantu, keadaan koma, kematian, dan lain2. tp antara semua. yg menarik perhatian aku adalah fenomena deja vu. korang faham maksud deja vu ni? ok. kalau dah faham xpe. kalau belum meh aku cerita. deja vu ni adalah satu fenomena atau situasi. iaitu situasi yg baru korang hadapi tp rasa macam dah terjadi. contohnya macam ni, korang x pernah lg g suatu tempat ni, tp bila korang g, korang rasa macam pernah pergi tempat tersebut. selain dari itu, kadang2 korang ada nampak muka yg familiar, sedangkan korang x pernah pun nampak orang itu mahupun orang yg seiras dgn dia. menarik bukan? deja vu ni juga dikaitkan dgn kuasa psikik, prophecy(kuasa ramalan/tilikan), hipnosis dan lain2. aku lebih tertarik kepada tajuk ni sbb aku pun pernah lalui benda2 ni. n sekarang aku nak cari maklumat2 lebih ttg deja vu ni n kebolehan membaca personaliti orang. bukan nak kata pasti or sewaktu dgnnya. tp, setakat ni aku rasa macam boleh baca peribadi orang. tp x semua. n tu sume kabur2 je. pelik tp hampir benar. mungkin kurniaan dari tuhan. :) er. lepas korang baca ni. jangan anggap aku pelik. aku x pernah bercerita pengalaman aku ni. sbb aku x pasti. nnt kalau dah ada jawapan yg jelas, terang dan nyata mungkin aku boleh share? hehe.

Sunday, January 16, 2011

sorry again.

i guess i can help. im wrong. i made it worse. im so so sorry. i hope u can forgive me. but i understand if u cant. nevermind. i wont help people anymore. im not helping. but make it worse n worse. ill make the problem bigger. sorry again. i wont do it anymore. again n again.

Friday, January 14, 2011

its you again

jam menunjukkan 5.15 pagi sekarang. aku terjaga dari lenaku. dibuai mimpi yang indah. bermimpikan ttg dirimu. lagi dan lagi. perasaanku aku rasakan semakin kuat. dari hari ke hari. setiap kali aku bersendirian. wajahmu muncul. ingin ku capai. tp kau terlalu jauh. sampai bilakah aku harus begini? oh tuhan, kau berilah petunjuk kepada hambamu ini. no. telefon bimbitmu selalu ku perhatikan. ingin ku hubungi mahupun menghantar teks kiriman ringkas. namun tiada kekuatan utk melakukannya. kau tentu akan pelik kerana aku tidak pernah membuat demikian. akan ku cuba membina kekuatan. utk melafazkan perasaan di hati. yang ku pendam selama ini. kau yang bernama *some text missing*.

Thursday, January 13, 2011

25 random facts about me myself and I! *kene tagged pulak =='

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

adeh. kene tagged oleh hajar nur azureen ==' 
okay 25 random facts. ill try ya? :)

tidak hensem
pemalu
tidak kaya
tidak baik orangnya
smoker (sedang cuba berhenti okay?)
caring?(suka jaga tepi kain orang kot)
muka gangster(tapi dalam hati ada taman :p)
a good brother?(yela, nak kene jaga adik yg satu tu. dah la perempuan. kene la jaga betul2 kan?)
love to make friend :)
x boleh tgk orang lain susah
kuat makan. HAHA
susah turun berat badan n sangat senang naik. =='
pemaaf, tp tidak mudah lupakan :)
kulit gelap(ada orang kata hitam manis. HAHA)
kuat touching. (aku jaga ati korang, korang jaga ati aku jugak eh. its very fragile. believe me )
tidak suka ikut peraturan :D
agak gila2 sikit. 
amat menghormati orang. (tp x semestinya kene buat apa yg diorang nak kan? )
tidak sombong!! (pemalu je eh)
ex student of sekolah rendah taman sri andalas(sketsa)
ex student of sekolah menengah sains kuala selangor(kusess)
ex student of sekolah menengah tengku ampuan rahimah(star)
ex student of sekolah menengah teknik kuala lumpur(tikl)
idamkan gadis bertudung
dan harap itu dia :)

Wednesday, January 12, 2011

hello there

girl, im glad u r back. sejujurnya, saya amat risau kita xkan bersua lg. setelah saya cari pasal. hehe. girl, walaupun awak hanya berborak macam tu saja. i hope we can talk. juz we two. but there's no way that can be happen. its okay. as long as awak masih macam dulu. ill gather strength to confess my feeling. n maybe awak akan tolak saya. n hampir pasti awak akan tolak saya. tp xpe. at least saya tau macam mana perasaan awak terhadap saya. walaupun perasaan itu bukan yg saya harapkan :)

goodbye A class.

okay. dulu nak tukar sume subject sangkut kat ctu151. class B penuh. sekarang ada kosong. then tukar class B. goodbye n sorry again class A. pertemuan kita berakhir di sini sahaja. kalau jumpe still boleh tegur n lepak sekali kalau ada jodoh :)

Tuesday, January 11, 2011

would u accept?

girl, when the times come. the time i confess my feeling. how i felt, how much i adore u, will u accept me? or would u just ignore? reject? or says perhaps, perhaps, perhaps?

Sunday, January 9, 2011

accept me.

girl, when u accept me how i am. ill make u the only one and try to be the best part of your life. but how u r gonna to accept me? i wont told u who u r until u know it by urself. perhaps? :)

Thursday, January 6, 2011

cause girl u r amazing, just the way u are

girl, every time i saw ur face. there is something inside my tiny heart. i would like to whisper what i felt to you. but thats will never happen. u r juz too good to be true. i hope u know how i feel towards u. but there is no way u can know it. girl, i know how much i adore u. the way u talk, the way u smile. u r just like a fairy for me. there are so many difference between us. u r the girl who i dream of. :)

Wednesday, January 5, 2011

first entry for 2011 :')

aku dah buat keputusan yang besar. sangat besar! aku nak pindah kelas kerana nak tukar lecterur yang akan mengajar aku subject far100. subject yang aku repeat ==' dan disebabkan satu subject tu, aku tukar the whole class. hati terasa berat lg sedih utk meninggalkan kawan2 aku yg sudah kenal dari sem satu. sem permulaan. banyak masa dah diluangkan bersama mereka. mule2 igt nak discuss ngan mereka mintak pendapat. tp aku tau. kalau aku blah pun mereka x kisah sbb aku la trouble maker dalam kelas. haha. thanks 4 da memories guyz :) kita mungkin xkan bertembung or x bertegur sapa terus walaupun kita masih sekampus. bukan sebab aku sombong. lelaki2 maybe akan aku lepak n tegur2 cm biasa. tp utk girls. paham2 la eh. saya ni penyegan sikit. okay. di atas pemergian aku dari kelas A ni. aku x harapkan apa2 dari korang tetapi harap diampunkan segala salah dan silap sama ada tutur kata aku atau kelakuan aku selama korang kenal aku dan doakan aku berjaya dalam segala yang aku hadapi. xmau repeat dah. serik2. malu kot nak join budak2 part 1. haish. okay. sampai di sini saja. salam bahagia buat kawan2. korang sentiasa ada dalam setiap doaku. harap korang doakan aku jugak eh :')


                                         insyaallah mulai 6 januari 2011 start la kelas B :)


untuk makluman aku sebelum ni kelas AC A :)