Friday, August 31, 2012


well, i am not a diamond right? 

perigi mencari timba

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. haha. gaya macam ada je yg nak baca kan? x kisah la. hari ni aku nak share view aku tentang perigi mencari timba. apehal asyik post hati ke hati nih? haha. well, blog ni ditulis mengikut apa yg sedang aku fikirkan. kalau pasal makanan, komfem aku pergi makan xdela aku tulis blog ni ye dak? haha




lihat gambar di atas. mcm awkward bukan? itulah mainstream masyarakat melayu kita. bila perempuan yg make a move, nampak macam salah. perigi mencari timba katanya. peribahasa melayu ini digambarkan seolah-olah salah apabila si perempuan yg melamar si lelaki. seperti perigi mencari timba (gayung). perigi yang sepatutnya kekal di tempatnya mencari timba yg sepatutnya terbalik. well, pada aku, sebenarnya tak salah jika si perempuan yg make a move dulu. mungkin sang arjuna terlalu lembab, sang arjuna seorang yg pemalu, atau mungkin sang arjuna itu tidak sedar si puteri telah jatuh hati padanya. bg aku, ini adalah satu usaha bg si puteri.
petikan di atas telah aku ambil dari sebuah blog yg hebat, myilham.com. tidak salah sebenarnya untuk si puteri make a move.


ok. idea habis.
boleh rujuk di link ini untuk lebih isi. haha
-http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/910-perigi-mencari-timba.html
-http://www.myilham.com/blog/2011/11/perigi-cari-timba-ok-apa/

Friday, August 10, 2012

10000th tweets!!

taddaaaa!! dah 5 angka jumlah tweet aku.


sebelum tu. Assalamualaikum dan selamat pagi (poyo bangun pagi) kepada semua pembaca (macam la ada pembaca) yang aku sayangi. terima kasih kerana sudi membaca blog aku yg x awesome langsung ni. entah bila nak improve. noob je memanjang dalam dunia blogging ni. maybe lepas ni kene try v-logging? haha. muka x hensem nak p tayang kat orang. satgi kena kutuk je. 

okay2. back to the main point. tgk tajuk dan pic yg aku post ni. mesti korang igt aku cuma nak bercerita ttg ke-tahi-twitter-an aku kan? haha. betul la tu. tapi bukan tu je. japgi aku cerita ye. okay. seperti yg korang dah tgk. jumlah tweets aku dah mencecah 10000!!! 10000 tu woii. haha. 5 angka dah. lama kot nak sampai. yela. xkan la nak hidup dalam social network je yedak? sejak pakai bb ni baru aku active ber-tweet. tu pun xdela active sgt. cukup la sambil2 sapkok tu scroll timeline. sambil tgk tv ke, sambil makan, tengah godek2 kereta, lepak bengkel, lepak ngan membe ke. biasa la tu. kadang2 satu meja. tapi dok main mensi dgn kawan semeja. punya la kaww penangan social network ni kan? siapa setuju angkat kaki!! aku join benda alah ni sejak 15 oktober 2009 (mengikut catt). dah dekat 3 tahun tu woi. tp baru 5 angka. xdela tahi sangat twitter ni. tapi kene tweetlimit ada la jugak 2-3 kali. itu biasanya berlaku bila orang ajak borak kat twitter. macam la xde tempat lain nak borak. kan dah kene limit. sob sob.

korang juga boleh check kalau x percaya. haha


next, aku nak cite pasal relationship aku sekarang sebenarnya. hehe. kalau korang nak tahu, lepas aku patah hati beberapa kali, akhirnya aku bertemu seorang gadis yang sudi menerima diri ini seadanya. tgk pic atas sekali, nama twitternya anahrafniaa. macam good good je kan bila sebut? haha. sebenarnya itu merujuk kepada ain farhana. ain farhana mazlan. cukup kenalkan diri dia. xleh banyak2. nanti korang sailang aku. x baik tau sailang2 ni. haha. 1st aku kenal dia waktu tu form 4. tapi dia x kenal aku. yela. siapa la aku ni. aku macam biasa la. selekeh je dari dulu dan sekarang makin selekeh. tp dia ni. dulu sekolah x pandai bergaya. tapi ada benda yg membuatkan aku tertarik ttg dia. mata dia dan bibir dia. cair woh tgk. time sekolah dulu, xde can langsung nak tegur dia. x berani. dulu dia lepak dengan mpp je. aku pulak agak anti-mpp la. kerja nak kacau hidup aku je. cube rilek sikit. aku x dikira bersalah selagi x kantoi. haha. cukup. panjang pulak nnt kalau aku nak bercerita buruk ttg mpp. balik kepada cerita tadi. time sekolah x pernah tegur dia kan? tapi selalu jugak la aku nampak dia dgn geng2 dia datang dewan time kami berlatih nasyid. aku nasyid? mcm x percaya kan? pada yg xtau n xnak percaya. sila rujuk gambar ni. siap jadi presiden kot. hehe.



cukup membanggakan diri. x habis lagi dengan cerita macam mana aku jumpa si dia ni. mungkin jodoh kami, aku berjumpa semula dgn dia. dia ditempatkan ke uitm seri iskandar sama kampus dgn aku. tapi dia degree, aku diploma. x kisah la. aku mula tegur dia di facebook. acah2 peramah la. dah tau dia uitm perak, pergi tanya lagi. macam pepatah melayu, kayu gaharu, cendana pula, sudah tahu, bertanya pula. n then cukup sampai situ je. aku x reti nak berkomunikasi dengan jantina berlainan. n then, lepas beberapa lama tidak berhubung, aku post status di facebook, bertanyakan siapa yg ingin tumpang untuk pulang ke kuala lumpur. lepas tu dia respond. dia kata nak tumpang. bawak2 kawan2 matrik dia dulu. aku pula hendak pulang untuk cuti semester kot dan dia pulang untuk cuti hujung minggu sahaja. aku berkonvoi bersama housematesku, afiq membawa hisham, weng, man,dan che nab rasanya, pie rider naik lc dia, pastu ada hero gadis2 naik vios, haha, membawa mira, aishah dan shah fadilla. sebelum bertolak hisham ada mengusik si dia ni. "hai, saya hisham." aku pun gelak2 jela. then aku dgr jawapan dia, "sorry, dah ada orang book." cess. melepas aku. haha. mmg aku x pernah menaruh harapan pun mula2 sbb aku tau aku x layak. macam pipit dan enggang. bagai gagak dengan si merak. mana la sepadan.macam lagu anak kampung - jimmy palikat. haha. n waktu tu aku masih dalam usaha untuk mendapatkan hati seorang gadis ni. puas aku cuba. x dapat2. n then aku decided utk move on. aku just hidup sendiri. layan perasaan. nak kecewa lebih2 pun x boleh jugak. mmg aku x pernah dapat dia at the first place. lain la dah dapat then break kan? nak meroyan pun logik. haha. lepas tu aku berkawan la dgn dia ni. kawan punya kawan. aku terjatuh hati dengan dia. aku try la. pancing2. dia kata dia seronok kawan dgn aku. kena friendzone -______- eh. lupa nak cakap. time tu dia baru break dgn ex dia. aku happy la bila tau. ada can kot. haha. n then aku cakap, aku xleh just berkawan je. aku nak lebih. mula2 mmg dia xnak. n dia siap cakap mmg xkan jadi. aku pun bukan nak sangat ada girlfriend. aku cuma nak tahu yang aku ada someone utk jadi future aku. untuk completekan ambition aku. well, kalau korang nak tahu, ambition aku pelik2 sikit. aku bukan nak jadi doktor, engineer, businessman or apa2 lagi kerjaya yang diidamkan semua. aku x kisah jadi apa. aku cuma nak ada happy family. nak jadi ketua keluarga yg bahagia. ayah yg awesome kepada anak2 yg awesome. hehe. n then lepas aku kena friendzone tu, aku tanya last, mmg x de can pun utk dia jadi future aku? tiba2 dia cakap ada. terus rasa dalam hati ada taman, berbunga2. haha. n start dari tu, dia anggap aku buah hati dia. fruit heart gitu. selalu jugak aku keluar dgn dia. berdua, tanpa diganggu konsentrasi. n then, as time passed by, dekat dah dgn birth day aku. 1st july. dia plan something sorok2 dgn housemate dia. aku perasan tapi aku buat xtau je mula2. sampai la satu masa. entah mcm mana aku pergi kantoikan surprise dia. kesian dia. aku rasa bersalah gila time tu. dia dah plan baek2 dah aku pergi spoil. dia kata dia nak buat something utk aku. something special. aku yakinkan dia, yg dia akan jadi the 'best present' utk birthday aku. dan dia sememangnya the best for me. by the time birthday aku, 1st july. dia propose utk jadi girlfriend aku. weeewitt. dan di hari jadi aku jugalah hari aku dan dia declared. n sekarang dia tgh cuti semester. aku stuck kat perak ni. untuk masa depan kan? rindu macam mana pun kene stay focus. rasanya tu jela yg aku nak cakap. panjang lebar post kali ni. sorry ambil masa korang. haha. btw, thanks sebab membaca blog ni. kalau xde orang baca aku tetap akan update. cuma rajin ke x jela. haha. byebye. assalamualaikum

1st date, belum ada apa2. kena friendzoned. haha. nak ambil gambar dia pun x berani. tu yang x nampak muka. :p

Tuesday, August 7, 2012

kereta paling smart.


captured by her. thanks sayang.

tension buat assignment


law assignment





assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. lama sudah tidak aku update blog ni kan? biasa la. internet xde and terleka pada laman social burung biru (twitter). kepada siapa yg ada tu sila la follow aku ye? @sufianABD  pada ketika ini, aku sedang bertungkus lumus menyiapkan assignment law last minute. esok pagi nak submit woi! haha. biasa la.


 gambar di atas merupakan desktop dan lappy yang digunakan semata-mata untuk menyiapkan assignment law.
sempat lagi kopek satu-satu untuk bersihkan keyboard. hilang tumpuan. 

Thursday, January 19, 2012

almost a year

lagi sebulan lebih, genaplah setahun arwah mak meninggalkan kami semua. al-fatihah.

lagi sebulan lebih, genaplah setahun aku dan dia berhubung.

lagi sebulan lebih, tamatlah tempoh aku memberi diri aku sendiri peluang. peluang untuk membuatkan si dia terima aku seadanya. kalau berterusan macam ni. aku akan give up.

Friday, March 18, 2011

sebak di dada :'(

ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan ku, keluarga ku, kau rahmatilah pemergian ibuku ya Allah. kau berilah petunjuk kepada kami, anak2 yg amat merasakan pemergian ibu kami, kau bukakanlah pintu hati kami ya Allah, terutamanya adik bongsuku ya allah, fathin najiha, tidak dapat ku menahan air mataku, melihat dia bersedih, kau permudahkan la segalanya untuk kami ya Allah. Amin.


gambar di atas aku crop dari wall adikku yg satu. berikut adalah punca kematian arwah emak. dari apa yg ku lihat dari wall adikku ini, aku pasti dia masih lg dirundung kesedihan. aku sebagai abang x mampu berbuat apa2 selain berdoa kepada Allah.

 p/s; fathin, kalau baca blog pian ni, pian nak fathin tau, yg pian pun sedih, rindukan arwah mak, tp pian harap kita semua dapat hidup bahagia, insyaallah lebih bahagia dari sebelum2 ni. setiap kali teringatkan arwah mak, sedekahkan al-fatihah. kalau banyak masa terluang, baca yassin, tahlil, doakan mak, semoga mak ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman. fathin nak spm kan tahun ni. buat yang terbaik. jangan sia-siakan penat lelah dan wang ringgit yang telah mak gunakan untuk fathin belajar. pian pun akan buat yang terbaik. insyaallah. amin.

Thursday, March 17, 2011

i tried.

at least aku dah cuba, dan tahu perasaan dia. mana boleh nak paksa-paksa kan? kalau dah dia x sudi, terima je. macam yg pernah  dinyatakan, x semua bertemu jodohnya. kalau x mestila tiada yg membujang hingga ke akhir hayat kan? :)

p/s: sorry cause i loved u. it wont happen again

cried like a little child

isnin yg lalu, 28/2/2011. ibuku telah kembali ke rahmatullah.

jam 7.15 malam, aku mendapat panggilan dari abah. abah menyuruhku bertenang sebelum mendengar berita yang disampaikan. dengan nada tenang, abah memberitahuku, "pian boleh balik malam ni jugak? naik la teksi or cmne pun. abah bayar". aku bertanya, "kenapa bah? pian akan cuba balik malam ni jugak". abahku berkata, "mak dah meninggal, pian balikla walau macammana pun". "innalillah, insyaallah abah, pian usaha balik malam ni jugak", kataku tanpa bertanya lebih lanjut menahan sebak.

                       aku tanpa membuang masa pergi ke bilik air utk mandi dan solat, selesai berdoa, aku cuba menenangkan diri. namun, sebak semakin menguasai diri. aku menangis sepuas-puasnya tanpa rasa malu. sebagai seorang lelaki aku tidak sepatutnya membiarkan air mataku gugur di hadapan orang lain. perasaan yang terlalu sedih mencampakkan perasaan maluku itu sejauh-jauhnya. air mataku turun sederas-derasnya. membuatkan rakan sebilikku turun menangis. dia meminta aku menguatkan hati dan bersabar. setelah aku dapat bertenang, aku menghubungi d-sport utk menyewa kereta. aku berhajat utk memandu seorang diri pulang ke klang. aku kemudiannya pergi ke bilik syahir utk memberitahu bahawa aku akan pulang ke rumah utk menguruskan pengebumian ibuku. kemudian mereka (syahir, hazim dan amirul) berhajat utk mengikut aku pulang ke rumah.

                   arif(macha) mengambilku dari uitm ke luar utk menyewa kereta. haziq (housemate macha) menawarkan keretanya utk aku pinjam. aku amat bersyukur kerana dikurniakan rezeki tatkala aku ditimpa dugaan yang besar. jam 9.00, kami bertolak dari rumah macha, melalui lebuhraya utara-selatan (plus), aku memecut kereta yg dipandu, 180-190 km/h. tidak ku peduli perangkap laju atau apa jua. hanya emak di dalam fikiranku. kami berhenti beberapa kali utk menghilangkan penat dan mengisi petrol.

                 dalam jam 11, aku tiba di rumah ku, dapat ku perhatikan jiran tetangga mengisi ruang sunyi rumahku, aku cuba berlagak tenang. aku mengintai isi rumahku, kosong. aku bertanyakan kepada kawan abangku, azizi berkata arwah emak di bawa ke hospital utk post mortem kerana tidak tahu punca kematian. aku terus menghubungi abah. abah suruh aku ke hospital, tiba di hospital, aku mencari rumah mayat. di perkarangan rumah mayat, dapat ku lihat saudara-maraku. aku turun dari kereta dan mencari abah. aku memeluk erat abah. air mata tidak dapat aku tahan lagi. aku menangis sepuas hati, bagai anak kecil. aku berdiri menangis keseorangan di suatu sudut cuba menenangkan diri, dapat ku lihat adik beradikku yg lain, mereka turut menangis.

               setelah beberapa ketika, abang sulungku mengajakku masuk ke bilik mayat utk melihat jasad ibuku. kaku, sejuk, tidak bernyawa lg ketika aku mengucup dahi ibuku. aku menangis lagi. pakcikku datang memelukku, cuba menenangkan aku. setelah menenangkan diri, aku menghantar adikku dan kakakku pulang ke rumah untuk berehat. kawan-kawanku turut mengekoriku. namun mereka enggan untuk tidur di rumahku. aku tidak mahu memaksa. kemudian aku kembali ke hospital untuk mengambil abah, kami semua pulang di rumah. aku menyediakan tempat utk tetamu2 tidur. aku juga turut berbaring. di atas sofa, aku cuba melelapkan mata, aku terbayang saat2 aku bersama arwah emak, sebak di hatiku mengenangkan masa2 yg xkan berulang lg. aku bukan anak yg soleh. banyak dosa yg dilakukan, kesalahan yg menyakitkan hati emak. aku menyesal, aku berulang2 kali berdoa dan membaca yassin utk arwah emak. aku mengharapkan arwah emak akan ditempatkan bersama golongan2 yg beriman.

               tanpa ku sedari, aku terjaga. jam menunjukkan 6.30 pagi. aku lantas mengambil wudhu' dan sembahyang subuh. sempat aku membaca yassin dan tahlil untuk emak. kemudian aku turun ke bawah dan mengambil kunci kereta, aku pergi membeli sarapan untuk para tetamu. dalam jam 8 pagi, aku membawa abah ke hospital, pakar bedah menerangkan proses post mortem. aku tidak peduli semua itu, aku hanya berharap jasad emak akan dikebumikan dengan sempurna. dalam jam 9 pagi dr. lee memulakan pembedahan. aku menunggu di ruang menunggu, aku termenung bersendiri, mulutku terkumat-kamit membaca al-fatihah. entah berapa ratus kali tidak ku kira. jam 11 pagi, pembedahan selesai. jenazah emak dimandikan. aku tidak dapat turut serta kerana jantinaku. dengan penuh sabar dan hiba aku menunggu bersama yg lain. hanya adik perempuanku dan kakakku yg berpeluang memandikan arwah emak.

             selesai memandikan jenazah, aku membantu yg lain mengangkat emak ke van jenazah, jenazah dibawa ke surau al-kautsar berhampiran rumahku. ramai jemaah telah menunggu, pihak uitm menghantar 2 bas penuh dan ada yg hadir memandu kereta sendiri. aku dalam keadaan penuh sebak mengambil wudhu' dan solat jenazah. bahagian muka dibuka untuk dilihat buat kali terakhir. air mataku jatuh lg. aku mengucup dahi emak dengan penuh rasa sayu. kemudian aku membantu jemaah membawa jenazah emak ke dalam van jenazah. abah membuat keputusan utk mengebumikan emak di semenyih, kampung abah. lebih mudah, keluargaku ada rumah di sana di samping sana juga tempat pengebumian keluarga2 belah abah. abang sulungku, adikku dan kakakku menaiki van jenazah.


             aku membawa abah pulang ke rumah untuk mengambil pakaian dan ubat-ubatan. kami akan berada di semenyih hingga ke hari sabtu. selesai mengambil barang keperluan, aku memecut kereta diikuti saudara-maraku yg lain. setibanya di tempat perkuburan, aku turun dari kereta dan membantu mengebumikan jenazah emak. papan diletakkankan dan tanah mula menimbus liang lahad. aku sendiri yg membantu menimbuskan jenazah emak. penat badanku tidak ku fikirkan. sambil menangis aku menimbus jenazah emak. selesai  2 kayu dipacakkan sebagai pengganti batu nisan yg sementara, pak imam mengetuai bacaan yassin dan tahlil.

            selesai semuanya, kami ke rumah di semenyih. rumah dikemaskan utk kenduri tahlil selama 3 malam. setelah penat mengemas, aku berehat. dapat ku lelapkan mata sekejap2. selepas maghrib, jemaah dari surau tiba. selama 3 malam kenduri tahlil diadakan.

          kini, telah 2 minggu berlalu tanpa emak di sisi. masih terngiang2 suara emak, bayangan emak. kadang-kala, emak muncul didalam mimpi, emak nampak sihat. semuanya nampak nyata. seperti benar. dan setiap kali aku terjaga dari mimpi-mimpi itu, aku menangis, aku sedekahkan al-fatihah dan doa untuk emak. kadang-kala aku rasa seperti tidak ingin bangun dari tidurku. aku mahu terus bermimpikan emak. dalam mimpi emak dirasakan sangat dekat. namun  aku tahu, hidup mesti diteruskan. andai emak masih hidup, tentu emak xkan gembira melihat anaknya ini terus meratapi pemergiannya. emak tentu mahukan aku terus hidup, berjaya dalam pelajaran, bina keluarga sendiri, terus hidup bahagia. akan aku cuba teruskan liku-liku hidupku tanpa emak di sisi. tanpa nasihat emak lg.

i really miss emak. di saat pian tulis blog ni. terasa sebak di dada, air mata mengalir dengan sendiri. insyaallah, pian akan terus gagah. :')


AL-FATIHAH...
allahyarhamah Junaidah binti Jaafar.
isteri kepada Abdullah bin Mahmood.
ibu kepada 5 orang anak;
-Muhammad Khidir bin Abdullah
-Siti Rahmah binti Abdullah
-Abdul Kashaf bin Abdullah
-Ahmad Sufian bin Abdullah
-Fathin Najiha binti Abdullah



ingatlah bahawa mati itu benar, tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. tiada cepat atau lambat sedikit pun. semuanya ketentuan Allah taala. sama-samalah kita beringat.

Wednesday, February 2, 2011

2211- family, friends n relationship.

hai. aku x pernah kongsi tentang manusia2 sekeliling aku kan? hari ni aku nak kongsi. kita tengok gambar banyak2 kali ni :D


yang ni gambar family. time raya taun 2009 rasanya.
dari kiri atas sofa abah, mak, abidir(sulung). yg dari bawah tu aku(ke-4), fathin(bongsu) n kacap(ke-3). amah(kakak ke-2 tukang amek gamba)


ni nama dia mizie. kawan lebih 12 tahun weh. sampai sekarang g mana2 lepak sekali 


ha. yg kanan botak tu, nama dia azam. dia pun aku kenal lebih 12 tahun. yg kiri 11 tahun. nama hizami. kira sahabat sampai mati la. 


yg macam anak cina ni, nama dia hazlam. kami panggil pett. sejak moto aku hilang baru lepak selalu dengan dia. 

banyak lg sebenarnya. aku letak jela gambar2 kawan2 aku. ramai sangat. ada sikit je gambar. aku x bape minat bergambar sebenarnya. maklumlah. orang x hensem kan. :)


dato onn 2009 (dorm ke 3 lepas kene buang asrama :p)


wet world 2010


team rugby tikl 2008. form 4. form 5 x main dah.


al-insyirah. aku ketuanya. jauh team ni pergi :)


time form 5

 budak2 nakal :D

tembok belakang (fly malam2)

 snooker. bola mahal ni :D


ac1a. intake july 2010 :)


ac2b intake dec 2010 


4m3 2008. aku xde dalam gambar ni. g ragbi



kolah bilik air dulu. dari kanan; aku, manggis, scott


ac1a. dari kiri; mock, aku, syahir


dan banyak lagi gambar yg aku x larat nak masuk n tulis. sekian saja. oh sebelum lupa. relationship?


 who's the girl? :p

Wednesday, January 26, 2011

cari

pada pembaca yg dihormati, kan dulu aku ada cakap aku minat someone kan? ok. nama dia ialah *some text missing*. haha. tak guna kalau bgtau pun. dia x tahu pun aku minat dia. apa beza kan? satu pihak je xkan menjadi. :)

hehe. cmni la. pada yg betul2 nak cari. aku ada bg link facebook beliau. cuba la cari kalau nak sangat tahu. maybe older post? yg mana satu pun aku x gtau. kat line mana pun xde.  maybe kat gadget? pandai2 la eh. haha. n kalau dah tahu pun senyap2 je la. :)

Tuesday, January 25, 2011

26/1/2011

harini ada quiz. buku dah baca. latihan dah buat. harap boleh jawab. :)
bel260. speaking. dibuat group. disebabkan lelaki terlebih seorang. dan orang itu aku. aku dicampak ke group perempuan. adeh. aku dah la penyegan abes. kalau group dgn lelaki insyaallah la boleh lancar je. kira hujung jari ah. tp kalau dgn perempuan? lepak2 pun senyap. inikan speaking? come on la. =='
ahad lepas, lecterur business study aku belanja bowling. syok. 2 game. tp ada 2 strike je. teruk. maybe xde penyuntik motivasi? haha. n then naim, classmate aku buat plan gila. naik cameron highland. kami pun pergi la. aku naik kereta kenari. warna pink. jambu gila. haha. amar yg drive. dia x bg aku drive sbb cuak. haha. sbb nak gerak ipoh aku drive dia kata macam racer. selit2 celah lori minyak, lori gas, lori simen dan macam2 lg la. aku tgk dia pun waktu tu dah seram. kelakar. haha. kami ambil masa hampir 2 jam utk sampai ke tanah rata setelah beberapa berhenti utk tunggu yg lain. ada yg muntah2. mabuk katanya. dalam jam 6 lebih kami sampai. lepak2 amek gamba. aku x aa. mana nak join. haha. n then dalam 8.30 lepas makan kfc kami gerak pulang. dalam perjalanan yg membosankan kami menari2 dalam kereta. seronok. kereta di belakang kami gelak2 je tgk. haha. okay. thats all kot. dah xde idea. :)

Monday, January 24, 2011

strange

pelik. sejak kebelakangan ni selalu dapat call dari no yg x dikenali. aku x angkat. malas sungguh. xtau apsal.

dan sejak kebelakangan ni. otak selalu serabut. serabut gila. macam2 benda pikir. kacau sungguh. huh.

girl? ntah la. tiada harapan lg rasanya. xde tanda2. kalau ada tu ada la. xde pun xpe. x sanggup nak mengharap apa2.


ape aku mengarut ni?

Wednesday, January 19, 2011

i wish

girl, i was so fun having conversation with u. eventhough it wasnt have any meaning. but i can do it all the time. i feel hope when i do so. i dont know how to approach u. maybe i never get u. u were so good. so perfect in my eyes. but it doesnt mean anything doesnt it? it just a conversation of two friends. i like u girl. i hope we can be more than a friend. i wish to.

Monday, January 17, 2011

deja vu

td. kelas eco, lecterur ada kongsi 10 perkara yg x dapat diselesaikan dgn kaedah sains. antaranya termasuklah hantu, keadaan koma, kematian, dan lain2. tp antara semua. yg menarik perhatian aku adalah fenomena deja vu. korang faham maksud deja vu ni? ok. kalau dah faham xpe. kalau belum meh aku cerita. deja vu ni adalah satu fenomena atau situasi. iaitu situasi yg baru korang hadapi tp rasa macam dah terjadi. contohnya macam ni, korang x pernah lg g suatu tempat ni, tp bila korang g, korang rasa macam pernah pergi tempat tersebut. selain dari itu, kadang2 korang ada nampak muka yg familiar, sedangkan korang x pernah pun nampak orang itu mahupun orang yg seiras dgn dia. menarik bukan? deja vu ni juga dikaitkan dgn kuasa psikik, prophecy(kuasa ramalan/tilikan), hipnosis dan lain2. aku lebih tertarik kepada tajuk ni sbb aku pun pernah lalui benda2 ni. n sekarang aku nak cari maklumat2 lebih ttg deja vu ni n kebolehan membaca personaliti orang. bukan nak kata pasti or sewaktu dgnnya. tp, setakat ni aku rasa macam boleh baca peribadi orang. tp x semua. n tu sume kabur2 je. pelik tp hampir benar. mungkin kurniaan dari tuhan. :) er. lepas korang baca ni. jangan anggap aku pelik. aku x pernah bercerita pengalaman aku ni. sbb aku x pasti. nnt kalau dah ada jawapan yg jelas, terang dan nyata mungkin aku boleh share? hehe.

Sunday, January 16, 2011

sorry again.

i guess i can help. im wrong. i made it worse. im so so sorry. i hope u can forgive me. but i understand if u cant. nevermind. i wont help people anymore. im not helping. but make it worse n worse. ill make the problem bigger. sorry again. i wont do it anymore. again n again.

Friday, January 14, 2011

its you again

jam menunjukkan 5.15 pagi sekarang. aku terjaga dari lenaku. dibuai mimpi yang indah. bermimpikan ttg dirimu. lagi dan lagi. perasaanku aku rasakan semakin kuat. dari hari ke hari. setiap kali aku bersendirian. wajahmu muncul. ingin ku capai. tp kau terlalu jauh. sampai bilakah aku harus begini? oh tuhan, kau berilah petunjuk kepada hambamu ini. no. telefon bimbitmu selalu ku perhatikan. ingin ku hubungi mahupun menghantar teks kiriman ringkas. namun tiada kekuatan utk melakukannya. kau tentu akan pelik kerana aku tidak pernah membuat demikian. akan ku cuba membina kekuatan. utk melafazkan perasaan di hati. yang ku pendam selama ini. kau yang bernama *some text missing*.

Thursday, January 13, 2011

25 random facts about me myself and I! *kene tagged pulak =='

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

adeh. kene tagged oleh hajar nur azureen ==' 
okay 25 random facts. ill try ya? :)

tidak hensem
pemalu
tidak kaya
tidak baik orangnya
smoker (sedang cuba berhenti okay?)
caring?(suka jaga tepi kain orang kot)
muka gangster(tapi dalam hati ada taman :p)
a good brother?(yela, nak kene jaga adik yg satu tu. dah la perempuan. kene la jaga betul2 kan?)
love to make friend :)
x boleh tgk orang lain susah
kuat makan. HAHA
susah turun berat badan n sangat senang naik. =='
pemaaf, tp tidak mudah lupakan :)
kulit gelap(ada orang kata hitam manis. HAHA)
kuat touching. (aku jaga ati korang, korang jaga ati aku jugak eh. its very fragile. believe me )
tidak suka ikut peraturan :D
agak gila2 sikit. 
amat menghormati orang. (tp x semestinya kene buat apa yg diorang nak kan? )
tidak sombong!! (pemalu je eh)
ex student of sekolah rendah taman sri andalas(sketsa)
ex student of sekolah menengah sains kuala selangor(kusess)
ex student of sekolah menengah tengku ampuan rahimah(star)
ex student of sekolah menengah teknik kuala lumpur(tikl)
idamkan gadis bertudung
dan harap itu dia :)

Wednesday, January 12, 2011

hello there

girl, im glad u r back. sejujurnya, saya amat risau kita xkan bersua lg. setelah saya cari pasal. hehe. girl, walaupun awak hanya berborak macam tu saja. i hope we can talk. juz we two. but there's no way that can be happen. its okay. as long as awak masih macam dulu. ill gather strength to confess my feeling. n maybe awak akan tolak saya. n hampir pasti awak akan tolak saya. tp xpe. at least saya tau macam mana perasaan awak terhadap saya. walaupun perasaan itu bukan yg saya harapkan :)