ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan ku, keluarga ku, kau rahmatilah pemergian ibuku ya Allah. kau berilah petunjuk kepada kami, anak2 yg amat merasakan pemergian ibu kami, kau bukakanlah pintu hati kami ya Allah, terutamanya adik bongsuku ya allah, fathin najiha, tidak dapat ku menahan air mataku, melihat dia bersedih, kau permudahkan la segalanya untuk kami ya Allah. Amin.
gambar di atas aku crop dari wall adikku yg satu. berikut adalah punca kematian arwah emak. dari apa yg ku lihat dari wall adikku ini, aku pasti dia masih lg dirundung kesedihan. aku sebagai abang x mampu berbuat apa2 selain berdoa kepada Allah.
p/s; fathin, kalau baca blog pian ni, pian nak fathin tau, yg pian pun sedih, rindukan arwah mak, tp pian harap kita semua dapat hidup bahagia, insyaallah lebih bahagia dari sebelum2 ni. setiap kali teringatkan arwah mak, sedekahkan al-fatihah. kalau banyak masa terluang, baca yassin, tahlil, doakan mak, semoga mak ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman. fathin nak spm kan tahun ni. buat yang terbaik. jangan sia-siakan penat lelah dan wang ringgit yang telah mak gunakan untuk fathin belajar. pian pun akan buat yang terbaik. insyaallah. amin.
Friday, March 18, 2011
Thursday, March 17, 2011
i tried.
at least aku dah cuba, dan tahu perasaan dia. mana boleh nak paksa-paksa kan? kalau dah dia x sudi, terima je. macam yg pernah dinyatakan, x semua bertemu jodohnya. kalau x mestila tiada yg membujang hingga ke akhir hayat kan? :)
p/s: sorry cause i
cried like a little child
isnin yg lalu, 28/2/2011. ibuku telah kembali ke rahmatullah.
jam 7.15 malam, aku mendapat panggilan dari abah. abah menyuruhku bertenang sebelum mendengar berita yang disampaikan. dengan nada tenang, abah memberitahuku, "pian boleh balik malam ni jugak? naik la teksi or cmne pun. abah bayar". aku bertanya, "kenapa bah? pian akan cuba balik malam ni jugak". abahku berkata, "mak dah meninggal, pian balikla walau macammana pun". "innalillah, insyaallah abah, pian usaha balik malam ni jugak", kataku tanpa bertanya lebih lanjut menahan sebak.
aku tanpa membuang masa pergi ke bilik air utk mandi dan solat, selesai berdoa, aku cuba menenangkan diri. namun, sebak semakin menguasai diri. aku menangis sepuas-puasnya tanpa rasa malu. sebagai seorang lelaki aku tidak sepatutnya membiarkan air mataku gugur di hadapan orang lain. perasaan yang terlalu sedih mencampakkan perasaan maluku itu sejauh-jauhnya. air mataku turun sederas-derasnya. membuatkan rakan sebilikku turun menangis. dia meminta aku menguatkan hati dan bersabar. setelah aku dapat bertenang, aku menghubungi d-sport utk menyewa kereta. aku berhajat utk memandu seorang diri pulang ke klang. aku kemudiannya pergi ke bilik syahir utk memberitahu bahawa aku akan pulang ke rumah utk menguruskan pengebumian ibuku. kemudian mereka (syahir, hazim dan amirul) berhajat utk mengikut aku pulang ke rumah.
arif(macha) mengambilku dari uitm ke luar utk menyewa kereta. haziq (housemate macha) menawarkan keretanya utk aku pinjam. aku amat bersyukur kerana dikurniakan rezeki tatkala aku ditimpa dugaan yang besar. jam 9.00, kami bertolak dari rumah macha, melalui lebuhraya utara-selatan (plus), aku memecut kereta yg dipandu, 180-190 km/h. tidak ku peduli perangkap laju atau apa jua. hanya emak di dalam fikiranku. kami berhenti beberapa kali utk menghilangkan penat dan mengisi petrol.
dalam jam 11, aku tiba di rumah ku, dapat ku perhatikan jiran tetangga mengisi ruang sunyi rumahku, aku cuba berlagak tenang. aku mengintai isi rumahku, kosong. aku bertanyakan kepada kawan abangku, azizi berkata arwah emak di bawa ke hospital utk post mortem kerana tidak tahu punca kematian. aku terus menghubungi abah. abah suruh aku ke hospital, tiba di hospital, aku mencari rumah mayat. di perkarangan rumah mayat, dapat ku lihat saudara-maraku. aku turun dari kereta dan mencari abah. aku memeluk erat abah. air mata tidak dapat aku tahan lagi. aku menangis sepuas hati, bagai anak kecil. aku berdiri menangis keseorangan di suatu sudut cuba menenangkan diri, dapat ku lihat adik beradikku yg lain, mereka turut menangis.
setelah beberapa ketika, abang sulungku mengajakku masuk ke bilik mayat utk melihat jasad ibuku. kaku, sejuk, tidak bernyawa lg ketika aku mengucup dahi ibuku. aku menangis lagi. pakcikku datang memelukku, cuba menenangkan aku. setelah menenangkan diri, aku menghantar adikku dan kakakku pulang ke rumah untuk berehat. kawan-kawanku turut mengekoriku. namun mereka enggan untuk tidur di rumahku. aku tidak mahu memaksa. kemudian aku kembali ke hospital untuk mengambil abah, kami semua pulang di rumah. aku menyediakan tempat utk tetamu2 tidur. aku juga turut berbaring. di atas sofa, aku cuba melelapkan mata, aku terbayang saat2 aku bersama arwah emak, sebak di hatiku mengenangkan masa2 yg xkan berulang lg. aku bukan anak yg soleh. banyak dosa yg dilakukan, kesalahan yg menyakitkan hati emak. aku menyesal, aku berulang2 kali berdoa dan membaca yassin utk arwah emak. aku mengharapkan arwah emak akan ditempatkan bersama golongan2 yg beriman.
tanpa ku sedari, aku terjaga. jam menunjukkan 6.30 pagi. aku lantas mengambil wudhu' dan sembahyang subuh. sempat aku membaca yassin dan tahlil untuk emak. kemudian aku turun ke bawah dan mengambil kunci kereta, aku pergi membeli sarapan untuk para tetamu. dalam jam 8 pagi, aku membawa abah ke hospital, pakar bedah menerangkan proses post mortem. aku tidak peduli semua itu, aku hanya berharap jasad emak akan dikebumikan dengan sempurna. dalam jam 9 pagi dr. lee memulakan pembedahan. aku menunggu di ruang menunggu, aku termenung bersendiri, mulutku terkumat-kamit membaca al-fatihah. entah berapa ratus kali tidak ku kira. jam 11 pagi, pembedahan selesai. jenazah emak dimandikan. aku tidak dapat turut serta kerana jantinaku. dengan penuh sabar dan hiba aku menunggu bersama yg lain. hanya adik perempuanku dan kakakku yg berpeluang memandikan arwah emak.
selesai memandikan jenazah, aku membantu yg lain mengangkat emak ke van jenazah, jenazah dibawa ke surau al-kautsar berhampiran rumahku. ramai jemaah telah menunggu, pihak uitm menghantar 2 bas penuh dan ada yg hadir memandu kereta sendiri. aku dalam keadaan penuh sebak mengambil wudhu' dan solat jenazah. bahagian muka dibuka untuk dilihat buat kali terakhir. air mataku jatuh lg. aku mengucup dahi emak dengan penuh rasa sayu. kemudian aku membantu jemaah membawa jenazah emak ke dalam van jenazah. abah membuat keputusan utk mengebumikan emak di semenyih, kampung abah. lebih mudah, keluargaku ada rumah di sana di samping sana juga tempat pengebumian keluarga2 belah abah. abang sulungku, adikku dan kakakku menaiki van jenazah.
aku membawa abah pulang ke rumah untuk mengambil pakaian dan ubat-ubatan. kami akan berada di semenyih hingga ke hari sabtu. selesai mengambil barang keperluan, aku memecut kereta diikuti saudara-maraku yg lain. setibanya di tempat perkuburan, aku turun dari kereta dan membantu mengebumikan jenazah emak. papan diletakkankan dan tanah mula menimbus liang lahad. aku sendiri yg membantu menimbuskan jenazah emak. penat badanku tidak ku fikirkan. sambil menangis aku menimbus jenazah emak. selesai 2 kayu dipacakkan sebagai pengganti batu nisan yg sementara, pak imam mengetuai bacaan yassin dan tahlil.
selesai semuanya, kami ke rumah di semenyih. rumah dikemaskan utk kenduri tahlil selama 3 malam. setelah penat mengemas, aku berehat. dapat ku lelapkan mata sekejap2. selepas maghrib, jemaah dari surau tiba. selama 3 malam kenduri tahlil diadakan.
kini, telah 2 minggu berlalu tanpa emak di sisi. masih terngiang2 suara emak, bayangan emak. kadang-kala, emak muncul didalam mimpi, emak nampak sihat. semuanya nampak nyata. seperti benar. dan setiap kali aku terjaga dari mimpi-mimpi itu, aku menangis, aku sedekahkan al-fatihah dan doa untuk emak. kadang-kala aku rasa seperti tidak ingin bangun dari tidurku. aku mahu terus bermimpikan emak. dalam mimpi emak dirasakan sangat dekat. namun aku tahu, hidup mesti diteruskan. andai emak masih hidup, tentu emak xkan gembira melihat anaknya ini terus meratapi pemergiannya. emak tentu mahukan aku terus hidup, berjaya dalam pelajaran, bina keluarga sendiri, terus hidup bahagia. akan aku cuba teruskan liku-liku hidupku tanpa emak di sisi. tanpa nasihat emak lg.
i really miss emak. di saat pian tulis blog ni. terasa sebak di dada, air mata mengalir dengan sendiri. insyaallah, pian akan terus gagah. :')
AL-FATIHAH...
allahyarhamah Junaidah binti Jaafar.
isteri kepada Abdullah bin Mahmood.
ibu kepada 5 orang anak;
-Muhammad Khidir bin Abdullah
-Siti Rahmah binti Abdullah
-Abdul Kashaf bin Abdullah
-Ahmad Sufian bin Abdullah
-Fathin Najiha binti Abdullah
ingatlah bahawa mati itu benar, tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. tiada cepat atau lambat sedikit pun. semuanya ketentuan Allah taala. sama-samalah kita beringat.

Wednesday, February 2, 2011
2211- family, friends n relationship.
hai. aku x pernah kongsi tentang manusia2 sekeliling aku kan? hari ni aku nak kongsi. kita tengok gambar banyak2 kali ni :D
yang ni gambar family. time raya taun 2009 rasanya.
dari kiri atas sofa abah, mak, abidir(sulung). yg dari bawah tu aku(ke-4), fathin(bongsu) n kacap(ke-3). amah(kakak ke-2 tukang amek gamba)
ni nama dia mizie. kawan lebih 12 tahun weh. sampai sekarang g mana2 lepak sekali
ha. yg kanan botak tu, nama dia azam. dia pun aku kenal lebih 12 tahun. yg kiri 11 tahun. nama hizami. kira sahabat sampai mati la.
yg macam anak cina ni, nama dia hazlam. kami panggil pett. sejak moto aku hilang baru lepak selalu dengan dia.
banyak lg sebenarnya. aku letak jela gambar2 kawan2 aku. ramai sangat. ada sikit je gambar. aku x bape minat bergambar sebenarnya. maklumlah. orang x hensem kan. :)
dato onn 2009 (dorm ke 3 lepas kene buang asrama :p)
wet world 2010
team rugby tikl 2008. form 4. form 5 x main dah.
al-insyirah. aku ketuanya. jauh team ni pergi :)
ac1a. intake july 2010 :)
ac2b intake dec 2010
4m3 2008. aku xde dalam gambar ni. g ragbi
kolah bilik air dulu. dari kanan; aku, manggis, scott
ac1a. dari kiri; mock, aku, syahir
dan banyak lagi gambar yg aku x larat nak masuk n tulis. sekian saja. oh sebelum lupa. relationship?
who's the girl? :p
who's the girl? :p
Wednesday, January 26, 2011
cari
pada pembaca yg dihormati, kan dulu aku ada cakap aku minat someone kan? ok. nama dia ialah *some text missing*. haha. tak guna kalau bgtau pun. dia x tahu pun aku minat dia. apa beza kan? satu pihak je xkan menjadi. :)
hehe. cmni la. pada yg betul2 nak cari. aku ada bg link facebook beliau. cuba la cari kalau nak sangat tahu. maybe older post? yg mana satu pun aku x gtau. kat line mana pun xde. maybe kat gadget? pandai2 la eh. haha. n kalau dah tahu pun senyap2 je la. :)

Tuesday, January 25, 2011
26/1/2011
harini ada quiz. buku dah baca. latihan dah buat. harap boleh jawab. :)
bel260. speaking. dibuat group. disebabkan lelaki terlebih seorang. dan orang itu aku. aku dicampak ke group perempuan. adeh. aku dah la penyegan abes. kalau group dgn lelaki insyaallah la boleh lancar je. kira hujung jari ah. tp kalau dgn perempuan? lepak2 pun senyap. inikan speaking? come on la. =='
ahad lepas, lecterur business study aku belanja bowling. syok. 2 game. tp ada 2 strike je. teruk. maybe xde penyuntik motivasi? haha. n then naim, classmate aku buat plan gila. naik cameron highland. kami pun pergi la. aku naik kereta kenari. warna pink. jambu gila. haha. amar yg drive. dia x bg aku drive sbb cuak. haha. sbb nak gerak ipoh aku drive dia kata macam racer. selit2 celah lori minyak, lori gas, lori simen dan macam2 lg la. aku tgk dia pun waktu tu dah seram. kelakar. haha. kami ambil masa hampir 2 jam utk sampai ke tanah rata setelah beberapa berhenti utk tunggu yg lain. ada yg muntah2. mabuk katanya. dalam jam 6 lebih kami sampai. lepak2 amek gamba. aku x aa. mana nak join. haha. n then dalam 8.30 lepas makan kfc kami gerak pulang. dalam perjalanan yg membosankan kami menari2 dalam kereta. seronok. kereta di belakang kami gelak2 je tgk. haha. okay. thats all kot. dah xde idea. :)

Monday, January 24, 2011
strange
pelik. sejak kebelakangan ni selalu dapat call dari no yg x dikenali. aku x angkat. malas sungguh. xtau apsal.
dan sejak kebelakangan ni. otak selalu serabut. serabut gila. macam2 benda pikir. kacau sungguh. huh.
girl? ntah la. tiada harapan lg rasanya. xde tanda2. kalau ada tu ada la. xde pun xpe. x sanggup nak mengharap apa2.
ape aku mengarut ni?

Subscribe to:
Posts (Atom)