Thursday, November 18, 2010

sahabat sampai mati (TiKL)

tajuk ni sahabat sampai mati n then ada kurungan 'TiKL' kan? nak tau sebab? sebab saya ada ramai sahabat yang sangat boleh dipercayai dan sentiasa ada masa untuk diluangkan bersama. syok bila lepak ramai2. nnt akan lah ada flashback. dari mana budak perempuan yang diminati, kutuk2 membe yang dibenci, tanye khabar tentang kawan2 lain yang x dapat hadir sama, berkongsi pengalaman di institusi pengajian tinggi masing, cerita ngeri, kenangan yang tidak dapat dilupakan waktu sekolah dulu kala dan macam2 lagi;

+perempuan yang diminati
-kami dulu2 selalu usyar2 awek2 yang lalu or yang dikenali. dari paras rupa hinggalah ke hati budi mereka. ada yang muka cantik perangai x senonoh, lebih2 lagi muka x cantik perangai x senonoh. well, kami bukan lah baik sangat nak menilai mereka. tp, lumrah la. ada mata kan? haha. okay, ada juga yang cantik dan perangai senonoh, yang full package ni kami beri golongan 'bidadari'. haha. hampir perfect kan. kalau dapat mmg jaga elok2 buat bini. yang kurang cantik tp perangai senonoh pun ada. walaupun mereka x cantik, tp terlepas dari jadi bahan bualan kami, kerana apa? kerana mereka sopan tp kurang cantik. terlepaslah mereka dari mata2 kami yang nakal ini. :p

+kutuk2 membe yang dibenci
-biasalah, kita ada hati dan perasaan. ada suka ada duka. ada cinta ada benci. so x terlepas la kami2 ni ada perasaan benci pada siapa2. maybe ada kisah, biasanya perangai mereka la. ada yang berlagak, anak orang kaya kan. x usahlah nak dibangga harta mak ayah. n ada yang depan cekgu2 lain belakang cekgu lain. ini hipokrit. ada yang dulu perangai saing2 syaitan masuk berlagak baik. nak kan pangkat dan perhatian. gila kuasa dan suka *mencapub (mencari publisiti). ada yang kaki perempuan, ada yang memang lepak dengan perempuan sahaja.

+tanye khabar tentang membe2 yang tidak dapat hadir.
-yeah. semalam mmg cukup meriah. ramai yang hadir. tp lg ramai yg x dapat hadir. ijok (muhammad aizat), deklang (mohd firdaus), cabai (mohd amirul), dan ramai lagi kawan2 yang dulu sama2 bermaharajalela di sekolah dulu x dapat hadir. ada je alasan kan? okay. fine. x datang kali ni xpe. next time kita lepak lagi

+berkongsi pengalaman di institusi pengajian tinggi
-intitusi pengajian tinggi. panjangnye tulis. skema je nampak. tp nak tunjukkan yang kami semua alhamdulillah dapat menyambung pelajaran kami dari sekolah ke intitusi pengajian tinggi yang lain2. ramai yang masuk UiTM, x kurang juga matriks, politeknik dan universiti2 lain seperti UIA,UM,UTM dan lain2.
-kami berkongsi suasana di tempat kami, dari kemudahan, hiburan, tempat lepak dan manusia2 di sana. pak guard2 yang dibenci, lecturers and new friends di sana.

+cerita ngeri
-haha. macam la penakut masing2. kami semua lelaki yang gagah berani tau. haha. tp benda2 ni xleh nak dinafikan kewujudannye. masing2 ada pengalaman sendiri.

+kenangan bersama di sekolah
-bila di flashback sumpah rindu gila. time jadi gila2. jadi tokan nasi lemak! masyuk weh. sehari bleh dapat rm40. banyak tu utk budak sekolah. sebulan x lari dari rm1000. teringat dulu2 kene kejar dgn ustaz jusoh(ketua warden dan guru disiplin), kene rotan, fly sama2, *chi(merokok) sama2, main game sama2, ponteng kelas sama2, makan sama2, balik sama2, tido sama2, kantoi sama2, kene buang sama2, HAHA
-sangat rindu semua tu. itu menjadikan ikatan antara kami sangat kuat. tolong kawan2. back up membe2. itulah gunanya sahabat kan? =)

semalam dari seawal 6 pagi. aku telah bangun , mandi , dan solat. lebih kurang jam 6.30 pagi aku mula bertolak dari rumahku di semenyih ke UiTM Shah Alam tempat emak berkerja. jalan jam teruk. tp mak sempat sampai sebelum jam 8 pagi iaitu dalam 7.40. tgk la sapa bawak kereta kan. HAHA.
then, terus gerak rumah carrot (azran ashraf) di kampung sijangkang , klang. and lepas tu terus bergerak ke meru utk mengambil zack (ahmad zuhair) , dino (abdul razzi) dan ke rantau panjang untuk mengambil manjung (fareed amierul).
kami terus ke shah alam. singgah sebentar di PKNS kerana ingin membuang air dan mengeluarkan duit dari ATM. n lepas tu pusing2 tunggu kawan2 yg lain. perut lapar. n then menuju ke MCD drive thru berhampiran round da board seksyen 2. mula2 igt nak tapau je. n lepas nampak ramai gila awek2 cun dalam tu terus park kereta n makan kat situ jugak. haha. masing2 nakal. yg dah ada awek pun turut sama. n lepas makan, chibon (ahmad safuan) msg tanye lokasi kerana telah sampai di destinasi.

kami pun bergerak la ke wet world shah alam seperti yang dijanjikan yang tidak jauh dari mcD tadi. walaupun tidak jauh, disebabkan kerana sudah lama tidak main area shah alam *budak merantau la konon* kami berpusing2 sebelum sampai di destinasi. sampai disana kami nampak chibon dan rakannya wan. budak mana ntah.

n jam waktu tu menunjukkan 11 pagi. kami sudah tidak sabar lg n terus membayar tiket masuk dan masuk ke dalam. rm10 dibayar. kami tukar baju n masing terjun. wah. syok gila. haha.

sedang kami main air. mazu (abdul muzammil) dan john (muhammad johan) pun tiba dari sungai buloh menaiki ktm dan teksi. kemudian paan (farhan dahari) menyusul. kami sama2 mandi.

lebih kurang jam 12.30 pagi. aku dan zack pergi menyewa tube. rm14 untuk bermain moonson buster *gelungsur panjang*. kami beratur panjang dan panas. tiba giliran kami, aku di belakang dan zack di hadapan. mmg x seimbang la. dye kecik. aku besar. haha. n kami pun pusing2 gelungsur dan bila tiba di penamat gelungsur, kami disambut oleh nyok(nazmi azizi), manggis (azizul aizat) dan ojai (muhammad syahir).







kami bermain sehingga jam 2.30 petang. dan menuju ke alam sentral. kami makan mcD lagi kerana airnye boleh refill. n kami kemudiaannya bermain bowling. sumpah x best. bola dye memang lain gila dari yang biasa aku main. tp dapat la buat satu strike. haha.

n then dalam jam 5.30 petang kami menuju ke kedai mamak di seksyen 7. lepak2 minum. mazu belanja sbb kalah bowling. n dalam 6.15 kami berpisah.

aku dan budak2 klang yg lain , zack, carot, manjung dan dino menuju ke klang. jalan jam gila. antar carot balik n then dino. aku , zack , dan manjung pergi ke mamak untuk makan malam. mule2 igt nak karok. tp x sempat sbb nak amek mak dari tempat kerja pukul 10.

lepas makan gerak centre point cari kasut. nak bersenam balik. badan dah naik sangat dari yg asal. haha.

n then anta manjung n zack pulang segera yg boleh sbb jam menunjukkan 9.45 malam. n then rush masuk ke UiTM dan mencari pejabat emak. pusing2 x jumpe. n then azan, baru jumpe jalan. ada je benda nak main2 ngan aku nih. haih. sampai di bawah office emak jam 10.15. kami terus bertolak pulang.

jam 10.40 kami tiba di rumah ku (di andalas, klang). aku menemani emak menonton tv sambil bersembang2. dalam jam 11 malam igt nak kuar lg. tp membe sume kene kurung dalam rumah masing2. haha. naik la atas mandi, solat n on9.  x sampai 15 minit on9 tertido. pergh sedap gila tido. penat sangat kot. n terjaga pagi td utk solat n antar emak g kerja lg.

kamsahamida =)