Friday, December 31, 2010

last entry for 2010 :)

selamat tinggal 2010 dan selamat datang diucapkan kepada 2011 tepat jam 12.00 malam ini.
aku sudahpun tiba di bandar sri iskandar, perak (cyber cafe hybridrex) di waktu ini.
semua orang ada azam tahun baru walaupun tahun2 sebelumnya x dapat2. aku macam tu jugak. haha. biasa la kan. apa azam korang? aku xnak share kat sini. rahsia. haha. semoga kita sama2 la dapat penuhi azam tahun baru kita eh.


banyak perkara yg telah berlaku dalam hidup di tahun 2010. antaranya kerja di papa john's pizza di berjaya times square, kerja di low yatt plaza, hilang moto, berniaga burger, kerja di giant bukit tinggi, klang, berniaga shisha dan macam2 lagi. tahun 2010 juga tahun yg menyaksikan aku menjadi mahasiswa. di UiTM Sri Iskandar, Perak. di UiTM aku mengenali ramai kawan baru dan juga membuat jejak kasih utk kawan2 lama seperti dari Sek. Ren. Taman Sri Andalas, Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah dan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Alhamdulillah, mereka tidak melupakan aku sebagaimana aku tidak melupakan mereka. aku juga kenal erti hubungan di mana lebih dari seorang kawan. namun telah ditakdirkan kami tidak akan pergi jauh. :) okay2. dah jadi cerita sedih pulak. and macam2 lg la. haha.

happy new year :)

Sunday, December 26, 2010

rock the world 10 and piala suzuki on 26th Dec 2010

hello fella.

yesterday, on 26th Dec 2010 my friends pett, mizie, zulhusni, meen and i went to bukit jalil. the reasons we were going there cuz of Rock The World 10 and if we are lucky we might able to sneak into the stadium for free (we dont have any tickets for watching suzuki cup :p). so, about 3 p.m. after got some confusing cuz of want go by zulhusni's car or mine. if my car will use more gas then zulhusni's because mine is 1.6 and his 1.3. so we decide to go by his car. after fetching all the boys, we go to a malay stall and having our lunch. well, we need a lot of energy to rock n roll for the whole day!! n after that we fill gas for the car and straight to bukit jalil using kesas highway. the toll fee quite expensive if compare to federal highway, but since it the best way to go to bukit jalil then we choosed it. about 3.30 we reached there. there are so many people and the traffic was so busy. the fans of rock the world 10 plus the 100 thousand fan for the football match sure make the traffic the way it was. so crowded. we were forced to take the way twice to find place to park our car. then we decided to park at sri petaling lrt station. so farr!!! ya la, 1 station far, from sri petaling lrt station and bukit jalil station. can u guys imagine? after parked our car, we go by our own two legs to the concert. we pay rm30 for the ticket. there were so many bands which are famous and not famous. bunkface, cassandra, one buck short, pop shuvit and many more. u can tell it how many bands were perform there from the time. 12 pm- 12 am. wow!





yeah, its the poster. :)




this was the one buck short turns to perform. the only pic i took after so tired moshing there and there. it was so exciting. okay, enough for rock the world. since it the malaysian football game, i wish to write in malay. haha.

sedang asyik menonton konsert dan menari macam orang gila, moshing sana sini, kami tidak lupa tentang perlawan bola final antara malaysia yang kami cintai. kami sangat excited untuk menonton bola juga. jadi pada mula2 waktu dibenarkan masuk ke stadium kami mencuba nasib. mana la tahu kalau ada rezeki. hehe.




malangnya, tiada rezeki untuk kami menonton dari awal. jadi kami sambung tonton rock the world 10. sedang asyik menonton, kami dengar bunyi sorakan dari stadium yang sangat meriah. kami tidak dapat menahan rasa ingin tahu lagi dan kami terus ke stadium. kami bernasib baik. dah separuh masa kedua. malaysia dah jaringkan 1-0 dan sebahagian penyokong indonesia mula beredar. haha. boo sama mereka. BOO~!! jadi kami masuk curi2 dan terus ke atas. masih tinggal beberapa belas minit masa permainan. kami sempat tonton jaringan kedua dan ketiga. wahhh!!!



suasana padang =)



3-0!!! tahniah malaysia!!! (maaf gamba kabur, maklumlah, kamera henfon je. dah zoom jadi cmni la. :p)




tempat duduk penyokong indonesia. haha. tinggal sikit dah. BOO~!!! loser gila. garuda hanya tinggal mitos. kuat berangan la mereka ni kan? haha.


okay. lepas habis permainan, kami sambung menonton rock the world 10. tapi dah x larat nak moshing dan menari gila-gila. aku hanya menonton dan menghayati lagu2 dan mesej2 yang ingin disampai oleh band2 tanahair. korang memang best!! dan lepas habis menonton, badan masing2 dah penat. kami pun bertolak pulang. jauh gila parking. ==' tapi kami gagahkan juga ke kereta. jalanraya sangat sibuk. panjang gila beratur kereta2. x larat nak tunggu, masuk jalan lain. jauh gila. sampai tol litrak. kami lalu jalan ke sunway, alang2 dah lalu sana kami singgah lepak shisha sampai 1.30 pagi. penat wehh. waktu tu ada game M.U. lawan sunderland. sambil2 la tgk. n then bertolak balik. sampai rumah masing2, mandi solat isya' n then terus tidur. walaupun penat dan habis banyak duit tapi sangat berbaloi dengan keseronokan yang dialami.


the end :)

Thursday, December 23, 2010

23/12/2010

selepas mengambil adikku pulang dari private tuition di bukit naga, aku terus memandu perodua rusa ke putrajaya. presint 11. rumah paksu ku. dalam pukul 2.15 aku tiba. dan terus makan tengah hari, and then bawa sepupu2 ku yg lincah lagi cerdik menonton wayang dan bersiar2 di alamanda. dalam 2.25 kami tiba. adikku terus ke kaunter utk mengambil ticket yang telah kami book lebih awal sementara aku berasap. before menunggu waktu tayangan aku membawa mereka ke MPH, mereka sangat cerdik!






pergi kejap2 je. pastu beratur panjang nak beli popcorn n air. suruh adik bawak mereka masuk dulu sementara aku beratur panjang gila. dalam 3.10 baru selesai n then terus masuk. nasib baik baru start. haha
lepas tonton wayang kami ke mcD. makan makan makan. n then nak pulang mereka request baskin n robbins pulak. -.-
bawak la mereka. abes duit T_T. haha

n pulang ke rumah paksuku. lepas isya' aku keluar melepak bersama azizul, mula2 lepak presint 9 je. n then cari shisha di presint 15, tp xde terus gerak ke bangi. shisha sana sedap! n balek dalam 12.30. sampai2 rumah, paksuku fire. haha. n then tdo.
subuh bangun, on9 sampai tgh hari, n then lepas lunch balek. :)
im feelin alone rite now.

Tuesday, December 21, 2010

termenung sendiri.

hari-hari berlalu tanpa siapa pun di sisi. tidak ku pinta di temani bidadari atau dewi-dewi yang indah, hanya ku pinta seorang gadis utk mengisi kekosongan di hati ini. tidak ingin ku bandingkan paras rupa atau kecelikan dan tutur kata yang indah, cukuplah sekadar berpakaian sopan dan indah di mata. sekiranya dia hadir dalam hidupku, akan ku jaga hatinya dan dirinya lebih dari aku menjaga diriku. bukan lah aku menanggung makan pakainya kerana aku juga masih ditanggung.

Sunday, December 19, 2010

Apakebendenye Skim Piramid Tu Yeop?


Skim piramid tu tak susah nak faham. Saja aje setengah orang tu nak jadikannya rumit... u know, khasnya bila ada orang yg mempunyai ketamakan kepada duit tu, dan dia pulak terlibat dalam perniagaan yg haram sebegini. Skim piramid itu adalah suatu model perniagaan yg "non-sustainable" (terjemahannya "tidak berterusan" tapi tak cukup terjemahan lagi tu... perniagaan yg tak telus dan terus, gitu), dan ianya menjanjikan pulangan keuntungan bila mana lebih ramai ahli menyertai perniagaan tersebut sebagai seorang penjual (reseller/affiliate/members/dll) dan bukannya keuntungan itu datang semata-mata daripada penjualan produk atau perkhidmatan kepada orang ramai. Perniagaan sedemikian adalah satu penipuan dan haram di sisi agama dan di sisi undang-undang manusia. Orang kafir tu pun ha cakap haram kat barat... tapi korang tengok orang Melayu berlambak-lambak jadi dalang dan jadi ahli di bawah dalang tadi, kat Malaysia ni. Tak malu sungguh! Hari kiamat sudah mampir.

Ciri skim piramid yang utama adalah adanya penajaan dan pencarian ahli baru, yg mana ahli baru pula jadi penaja kpd ahli baru yg lain dan terdapat duplikasi syarat ini kepada setiap yang join. Dalang skim ini akan cakap ahli baru itu boleh dicari terus-menerus berperingkat-peringkat.... sampai infiniti (kata dalang MLM, atau kata upline yg tak pass matematik masa SPM tu) sedangkan, jumlah manusia itu finit. Ada 6 billion aje manusia dalam dunia ni, dan lagi pulak... kalau ada la satu skim piramid yang hebat sekali pun, takde dia nak pegi 6 billion derrr. Sasau ke apa?

Jadi, bila ada upline dan downline yg mempunyai syarat penyertaan seperti itu, bzns model tersebut akhirnya akan "crash"... bungkus tergolek-dog, bila mana tiada lagi mala'un yg low IQ atau samdol yg tak pass matematik moden tadi dapat dicari untuk jadi downline. Bila tiada downline lagi, maka downline yang terakhir akan mengamuk kerana dia hilang duit (yang dah bagi kat upline)... sedang dia termangu-mangu menunggu durian yang tak runtuh-runtuh. Macam durian keramat gitu... tak mau jatuh.

OK... ada mamat pengamal skim piramid yang akan cakap, manusia tu setiap hari lahir... mesti la boleh pergi ke infiniti. Ceehhh! Lepas tu dia akan terangguk-angguk bangga diri (sebab dia fikir komennya tu macam komen orang terpelajar)... tetapi, bila adanya skim piramid, proses pencarian downlines akan berlaku dalam julat masa yang tertentu, sebab mala'un yang join skim ni nak profit cepat... mana ada dia nak tunggu anak aku yang kesembilan lahir untuk dijadikan downline... korang faham tak ni? Mesti julat masa yang singkat... beberapa bulan atau 2-3 tahun sahaja. Orang join skim piramid ni rata-rata tamak wang-ringgit, mana yang nak tunggu 20 tahun untuk profit? 

Contohnya; LoginFB100hinggit, sistem piramid 1 cari 4 (reverse 2 up... don't worry, itu cara dia putar-alam). Berapa banyak manusia yang nak join kat Malaysia skim keparat ni? Berapa banyak orang Islam yang tak kesah makan duit haram, beli handphone baru, bagi emak-bapak kat kampong duit haram sebegini? Berapa? 50,000 orang la katakan... jadi mana "infinity downlines" nya beb? Infinit tu maksudnya nombor tiada penghujung... "unending". Bila dah cecah 50,000, downlines yang terakhir tak dapat downline lagi... dan skim ini akan collapse/crash/bungkus! Tapi, dalang skim ni peduli apa. Dia dah kaya-raya, anak-anak Melayu setiap yang join tu balik rumah, ekor masing-masing masuk bontot.... THE END. Dalang yang baru atau dalang yang sama jugak, lepas tu akan cipta skim baru pulak.... daripada jual ebook, dia kan jual pad wanita pulak. Cari downline sampai infiniti lagi. Cari bebudak Melayu yang low IQ lagi.

OK... muslimin dan muslimah sekalian: Kenapa ianya HARAM? Sekali lagi aku ulang, bila model bzns itu mencapai peringkat tepu (threshold), di mana tiada ahli baru/affiliate/reseller boleh di dapati (sama ada tiada lagi org minat atau semua manusia dah join sistem mala'un tu)... level yg terakhir itu akan rugi begitu sahaja, sedangkan yuran keahlian masa join telah dibayar, tetapi profit pencarian downline tidak diperolehi. Seperti yg diketahui umum oleh org Islam, selain drpd akad yg jelas, timbangan/kiraan yg betul.... sesuatu sistem perniagaan mesti tiada penganiayaan. Jadi, dlm sistem MLM skim piramid, jika terdapat ada ahli yg tiada downline, dia akan rugi begitu sahaja, dan secara logik kita org Islam... upline tu tanggungkan aje la dosa penganiayaan tu. Biar pun 100 level sekalipun... upline setiap level akan tanggung dosa penganiayaan level di bawah dia. Maknanya dalang tadi tu yang paling besar "pingat dosa kebaktian" dia.... yahoo!

OK... Ada satu lagi aspek yang "menarik" daripada segi matematik tentang sistem perniagaan sebegini. Jumlah ahli sesuatu bzns berbentuk skim piramid ini yang kerugian sentiasa melebihi mereka yang untung. Mari fahami matematik moden SPM. Kalkulus utk menjangka peratusan kerugian ahli sesuatu bzns MLM/skim piramid:

Jika 1 cari 2: kadar kerugian adalah >50% drpd ahli yg join....  
1 cari 3: >67%, 
1 cari 4: >75%, 
1 cari 5: >80%, 
1 cari 6: >83%, 
1 cari 7: >86%... dan seterusnya.
 
Adakah wang yang sebegini yang korang nak? Adakah anda itu orang Islam yang luhur, atau nama aje Islam... rupa-rupanya hati-perut yahudi? Hidup kaya dengan hasil penganiayaan. Itu kalau kaya. Kalau join LoginFB100hinggit dengan modal RM100, bila nak kaya dol? Kalau dapat RM2000, dah kaya ke dol? RM2000... tapi ada 20 orang teraniaya atas usaha gigih ko tu... eh! 22 orang teraniaya... ada 2 reverse up maaah!






 






sumber; 
http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/10/apakebendenya-skim-piramid-tu.html

i choose single instead of YOU.

recently, there are a girl. mixed. chinese-malay. ah-moi looking. but free hair. we know for long period. but i never talk to her. cuz i feel uneasy to talk with girl. she ask me to be friends n maybe more than that. but i deny. im not demanding. but i put only 1 condition. a muslim girl with a scarf pls.


Thursday, December 16, 2010

for the time being

i decided to finished it off. not our friendship. but the way we talk n contact. seriously, there is nothing to regret to know u. u r the best i had. but, thats the only i felt. bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan. so, my effort to win ur heart is just end here. nothing changed. ur feeling towards me just same from the day we start to know each other. saya bukan tidak mahu terus berkawan. tetapi saya mahukan lebih dari itu. tidak saya katakan andalah my last. tetapi saya inginkan anda sebagai calon penyeri hidup dan ibu kepada anak2 saya. saya tahu saya tidak layak. its okay. kita kawan je eh? tapi saya harap anda tahu. saya tidak berapa senang bergaul dengan gadis-gadis. jadi tiada lg kata2 manja dan sewaktu dengannya. saya tidak akan ganggu hidup awak lagi dan doakan kesejahteraan anda :)

Tuesday, December 14, 2010

maaf

post yg di buat sebelum2 ni mungkin menggambarkan betapa losernya aku ni kan? yeah. im sucks in relationship. yelah. muke x hensem xde sape nak kan. xpe kene la sedar. okay2 cukup. aku amat tidak pandai dalam perhubungan. peduli la kan? tp aku agak berbangga dengan hidup berkawan. aku punya ramai kawan. dari pelbagai latar belakang, dari kaki masjid, kaki game, kaki pukul, kaki perempuan, kaki botol n macam2 lg. hebat kan? well, biasa lah, manusia ni pelbagai ragam. n aku amat senang bersama mereka, aku mudah rapat dan boleh kamceng ah. kadang2 kalau lepak x follow kene maki balik. haha. namun begitu, ingin aku luahkan rasa kecewa aku.

maaf kawan2 uitm ku. tidak aku mengutuk atau mengata mana2 pihak. cume aku masih belum jumpe kawan seperti aku di sekolah (tikl) atau kawan2 tempat aku membesar (tmn sri andalas). aku anggap mereka jenis bukan senang susah bersama kawan2. aku faham. most of them sebelum ni sekolah harian biasa. x rasa hostel life. hidup sepanjang masa bersama kawan2. kalau sakit kawan2 tolong, kalau xde duit kawan2 bg pinjam duit, kalau buat hal kawan2 tolong back up. mereka x rase smua ni. tau2. puff, dah besar panjang. besar di bawah jagaan ibu bapa sepenuhnya. mereka tidak sehaluan dengan gaya ku. aku dari kecil hidup berdikari. dari 2 tahun dihantar ke rumah pengasuh. sehingga 5 dan 6 tahun ke tadika. darjah 1-4 ke nurseri sebelum dan selepas ke sekolah, 5-6 hidup sendiri. baju di basuh dan digosok sendiri. tiada kesenangan yg diberikan. dari form1 - form 3 aku di sekolah berasrama penuh n then form 4 dan form 5 di sekolah teknik n still berasrama. walaupun aku tidak berasrama selama 3 bulan di tingkatan 5 kerana di buang asrama. biasalah. nakal sikit2. hehe. aku cukup merasakan kawan2lah yg paling penting dalam hidupku. maybe mereka x bg duit makan pakai aku, tetapi mereka lah tempat aku mengadu masalah, berhibur dan menyelesaikan masalah bersama. tp tu sume kawan2 dulu. sekarang di uitm aku tidak dapat cari kawan2 seperti yang dahulu. yang hampir2 pun xde.


jadi, aku telah meminta izin ibuku, aku ingin bertukar kampus. memang bukan di semester yang kedua ini, tetapi yang ketiga, akan aku pinta di tukarkan ke kampus2 yang ada rakan2 yang sudah dikenali seperti di UiTM arau, UiTM melaka, atau UiTM segamat. lgpun perpindahan aku dari UiTM sri iskandar, perak tidak akan membawa kesan pada mana2 individu atau pihak bahkan mungkin ada yang gembira pertukaran aku ke kampus lain. its fine. normal la hidup. mesti ada yang suka dan x suka kan?

relax sudah

wahai gadis, telah banyak ku lakukan utk menjadi seseorang yg lebih dari seorang kawan. tidak ku mengharapkan kau menjadi milikku. hanya utk menjadi calon masa depanku. namun, tidak mampu ku miliki hatimu. aku cube menjadi yg terbaik di mata mu. aku melayan diri mu lebih dari aku melayan kehendak diriku. aku harap kau tahu. aku tidak senang bergaul dengan sebarangan gadis2 lain. aku pemalu dan seorang yang amat tidak berkeyakinan bila bergaul dengan jantina selain dari jantinaku. tidak terdaya lg utk meneruskan usahaku. aku tahu kau tidak kisah dan tidak akan pernah kisah. tidak mengapalah wahai gadis. aku mungkin ditakdirkan sebegini. aku tidak memiliki walau satu pun yang menarik perhatian mana-mana gadis. tentu kau akan segan bila bersama dgnku. aku tidak punya paras rupa yang indah, aku tidak punya harta, aku datang dari keluarga yang amat sederhana hidupnya, aku tidak memiliki hati budi yang baik. sudah tentulah mustahil bukan? utk memiliki hati mana2 gadis. aku teringat kata2 seorang pakcik yang merupakan sahabat ayahku dan ayah kepada housemate kakakku di melaka. dia berkata biarlah pipit dengan pipit dan enggang dgn enggang. dia bercerita berdasarkan pengalaman. menurutnya, anak saudaranya berkahwin dgn anak saudara kepada seorang menteri. walaupun hanya anak saudara dan bukannya anak kandung kepada menteri tersebut, wanita itu demandnya sangat tinggi. aku mengambil iktibar dari kata2nya, tidak akan aku mengharap atau pun bermimpi lagi utk memiliki hati mana2 gadis. biarlah tuhan yang menentukan jodoh dan ajal ku. orang kata setiap manusia dilahirkan berpasangan. pasti ada seseorang utk seseorang itu. namun aku bantah, kerana jika semua orang ada pasangannya tidak akan ada orang bujang hingga ke mati. dan jika itu takdir ku aku terima. tidak lah aku tergesa2 membuat keputusan utk terus berhenti mencari. tetapi aku lebih kepada menerima keadaan seadanya. jika ada, adalah. jika tiada, tidak mengapalah. namun aku tetap mengimpikan kehidupan bekerluarga. aku impikan isteri dan anak2 yang solehah. akan aku pastikan keluarga ku mencapai kebahagiaan walau aku terpaksa bersusah payah.

Monday, December 6, 2010

kira kira

perbelanjaan saya;

harian;
-lepak minum2 makan2 (rm5)
-rokok or shisha (rm5)

mingguan;
-tuang minyak (rm15)
-tgk wayang (rm15)
-topup (rm5)

bulanan;
-broadband (rm70)
-barang peribadi (rm70)
-vacation (rm100)

ni sume belum masuk perbelanjaan membazir yang sangat banyak -.-
mmg tinggi kan? x perlu la nak fikir hidup berpasangan sekarang. lgpun bukan ada sape nak pun.